Sunday, 30 December 2012

Hari Terakhir (Kampung Kuala Mai)

Assalamualaikum dan hai semua :)


Memang busy sangat aku minggu tu, lepas balik dari hari interaksi, esoknya  ktaorang budak2 enactus pergi Kampung Kuala Mai yang terletak di Temerloh, Pahang. Awal2 pagi lagi dah bertolak ke sana menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Ktaorang pergi sana untuk buat survey pasal projek yang akan dijalankan oleh pihak Enactus UKM di kampung tersebut. Projek ni lebih kepada seni kulinari. Pihak enactus ada cadangkan 3 jenis makanan iaitu sardin gulung, kek cawan dan juga karipap, tapi kalau penduduk kat situ ada cadangan lain pihak enactus akan mempertimbangkan.



Kat sana, kami dibahagikan kepada beberapa group dan setiap group ada kawasannya sendiri. Macam group aku, ktaorang kena kawasan yang hujung2 sikit. Ktaorang kena pergi setiap rumah dan buat survey samada penduduk kampung berminat atau tidak dengan projek yang akan dijalankan. Banyak jugak lah rumah yang ktaorang kena survey, dalam 20 buah macam tu, tapi ada jugak yang tak bukak pintu. Tak tahu lah diorang ada ke tak sebenarnya. Memang lenguh habis kaki berjalan.



Tengahari tu, berhenti rehat sekejap, makan , solat. Dalam pukul3 ktaorang sambung balik survey. Dekat2 pukul5 jugak lah baru habis survey semua rumah. Sebelum balik tu ktaorang makan buah, penduduk2 kampung kat situ lah bagi. Tak cukup makan, bawak balik ukm pulak, memang melampau betul kan. haha.. Tapi ktaorang memang langkah kanan sebab time tu musim buah kat Pahang. Dah puas bergambar, ktaorang pon bertolak balik ke ukm.




Dah nak balik dah...














No comments:

Post a Comment