Sunday, 30 December 2012

Hari Kedua (Interaksi Enactus)

Assalamualaikum dan hai semua :)



Post ni sebenarnya lebih kurang macam sambungan la daripada post yang aku tulis sebelum ni, yang pasal aku pergi Port Dickson tu. Lepas ja balik dari Port Dickson, aku ngan budak2 Enactus yang lain pergi Hutan Pendidikan Alam(HPA), alahh.. yang kat ukm jugak tu utk mengikuti hari interaksi Enactus. Tapi kami terlambat sikit lah daripada yang lain2, diaorang dah buat satu LDK dah pon iaitu 'ice breaking'. Dalam LDK ni, kami dibahagikan kepada 5 group. Yang lawaknya korang tahu tak dalam ramai-ramai junior Enactus yang ada sorang aje wakil tunggal lelaki, si Azly. Memang aku respect lah ngan dia, kalau laki lain memang takkan pergi dah. 




Malam tu, lepas solat maghrib, isyak berjemaah, ktaorang ada LDK 2 and then lepas tu ada BBQ. Yehhh, ni lah saat yang paling ditunggu2. Senior yang bertungkus lumus masak, ktaorang makan ja. Ada ayam, udang, sosej dan macam-macam lagi. Memang kenyang habis lah malam tu. Esok pulak, ktaorang kena bangun awal2 pagi sebab ada aktiviti 'jungle trekking'. Sebelum pergi, ktaorang buat senamrobik dulu yang diketuai oleh abang Anip. Nama senamrobik tu senamrobik sayang, comel sangat hehe.. yang dibuat ikut lirik lagu sayang. Lepas tu ktaorang jungle trekking pulak. 




Dah habis jungle trekking, sarapan, sembahyang. Lepas tu makan tengahari dan majlis penutup. Rasa sedih pulak dah nak habis dah, sebab masing2 dah mula rapat kan. Bagi aku memang best sangat hari interaksi ni, aktiviti2 pon sempoi ja, senior pulak sporting. Tak pernah pergi aktiviti yang santai macam ni. Memang best lah korang semua. :)













No comments:

Post a Comment