Monday, 31 December 2012

Oh, My Sweet Home!!

Assalamualaikum dan hai semua :)

Mohon NurSyazwani Ismail bersabar! Dah tak berapa hari lagi dah, tak sampai 2 minggu dah pon. Tiket dah beli dah ahad aritu, Etika Epress, 12/1/13 pkul 10.15. Tak sabar nak tengok muka2 orang yang aku rindu especially my mom, dad, my handsome nephews and cute nieces. Tunggu mak cik balik nah, haha.. anak2 saudara aku panggil aku mak cik.  Tapi yang tak bestnya bila balik nanti, anak2 saudara aku semua dah masuk sekolah,hmmm... tinggal yang baby kecik tu ja. Alarhh, bosannya.. tak dak orang nak main ngan aku, jaga baby kecik ja lah. 

Yang si Aiman tu pulak, anak sulung abang aku yang ketiga, memang dari kecik lagi dok ngan kami mesti nak suruh aku hantar, ambik dia kat sekolah. Saja je dia nak mengada, tak boleh tengok aku senang sikit. Ingat balik rumah boleh la tidoq lama2, tak daknya, pagi2 lagi kena bangun hantar dia pergi sekolah. Padahal ada ja basikal, malas lah tu, nasib baik aku ni mak cik yang baik dan comel. * Biaq lah aku nak perasan sikit* Uwekk :p

Budak2 ni, depa bukan rindu aku sangat pon, rindu kat laptop aku ja. Uwaa..sedihnya :( Setiap kali aku balik, laptop aku yang depa cari dulu. Menyesal aku bubuh game banyak2 tapi nanti tak dak orang pulak nak berebut main game ngan aku. Bukan aku nak sangat main tapi saja seqonok nak gadoh ngan depa. Kalau balik qamai2 tu, aku yang kena tentukan turn, kalau dak hingaq satu qumah, berkelai nak men game. 
Tu pon satgi ada yang main lama, pastu yang sorang lagi tak puas hati, mula la, nak naik kaki tangan habis. Selalunya yang adik lah selalu kena buli. Ya Allah, rindunya saat2 macam tu.

Yang paling aku rindu sekali sekarang ni masakan mak aku! Mak aku pulak pandai ja ambik hati, selalu hari yang aku balik tu mesti dia masak makanan kegemaran aku iaitu tomyam. Mak mak.. sebab tu saya sayang sangat mak saya. Mak selalu memahami apa yang saya nak. Kenapa tetiba qhasa sebak pulak ni, hah sudahh! Saya dah besar, tak boleh nangis2 lagi. Aku bernekad balik cuti sem ni aku akan menrajin-rajinkan diri aku untuk tolong mak buat keja rumah. Selalu kalau balik makan, tidoq, online ja keja aku. Tak boleh! Balik nanti aku kena tolong mak aku buat keja. Tapi mak aku tak pernah nak marah2 kalau aku tak tolong dia buat keja, dia paham anak dia penat belajar kat u, balik rumah nak relaks2. Hahh, banyak la hang punya relaks. Kena tolong jugak!

Tapi sebelum nak balik aku kena tempuh satu ujian yang penting dalam hidup aku, FINAL EXAM!


 Ya, final exam. Adakah aku dah bersedia?? haha,, BELUM, langsung tak bersedia lagi! 2 haribulan dah nak start lah cik kak oii, STATISTIK pulak tu. OMG!!  


NurSyazwani Ismail, tolong lah sedaq diri! 
Jangan nak main2 sangat boleh dak!
Jangan dok online dah!
Jangan dok tidoq banyak- banyak sangat!
Jangan dok tengok movie dah!
Jangan buat muka bosan bila start bukak buku!
Jangan dok tunggu mood baru nak study!
Jangan! Jangan! Jangan!

Ok, ni mungkin last entry aku. Buat masa ni nak fokus kat final exam dulu.
Ayuh kawan-kawan kita belajar. 


Jom nak share doa untuk belajar :)
sebelum start, niat dulu
tapi jangan niat sebab nak exam
niat belajar kerana Allah
insyallah ilmu tu takkan hilang -,-


Ini doa belajar. Jom baca ramai-ramai.


Bye bye. Lepas final kita jumpa lagi ye : D










No comments:

Post a Comment