Sunday, 30 December 2012

Hari Pertama (Politeknik Port Dickson)


  
Assalamualaikum dan hai semua 

Sepatutnya post ni dipost awal lagi tetapi disebabkan terdapatnya kekekangan masa dan kekurangan idea, dan yang sebetulnya MALAS terpaksa aku postkan hari ni. Sebenarnya nak cerita pasal tiga hari aku di tiga tempat. Hehe, mesti korang tak paham kan, macam ni pada hari jumaat hingga ahad, 21-23 haribulan hari tu aku telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh SIFE atau namanya sekarang ENACTUS.



Ok, hari first, Jumaat tu aku dengan ahli group aku pergi Politeknik Port Dickson untuk tengok bebudak poliPD buat presentation. Kenapa kitaorang pulak yang kena tengok?? Sebab diaorang punya presentation tu berkaitan dengan projek kitaorang. Sebenarnya group kitaorang kena handle satu projek yang diberi nama COMET. Projek ni tujuannya adalah untuk menaiktaraf program Homestay Pelengong yang satu ketika dulu merupakan homestay yang terkenal kat Malaysia tapi sejak kebelakangan ni prestasinya agak merosot disebabkan pesaingan daripada homestay-homestay lain. 

Kami bertolak dari UKM lebih kurang pukul8 macam tu dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai ja kat polipd, kami breakfast and then mula lah sesi presentation tu. Memang tersangat lah boring presentation tu. Kami tak tunggu sampai habis pon, lepas solat jumaat ingat nak balik ukm terus. Tapi bila lalu ja kat pantai Port Dickson, budak2 ni ajak singgah dulu. Aku tak tunggu dah, terus setuju ja, lagipun tak pernah sampai situ lagi. Ktaorang berhenti kejap ja kat situ,tapi sempat lagi beli baju I Love Port Dickson ramai-ramai. hehe.. 


Pantai Port Dickson..



No comments:

Post a Comment