Wednesday, 19 December 2012

Makan Gaji vs Kerja Sendiri

Assalamualaikum dah hai semua


Antara makan gaji dengan kerja sendiri yang mana satu anda akan pilih??

Di bawah terdapat perbandingan ringkas antara kerja makan gaji dengan kerja sendiri :

                     Makan Gaji
                       Kerja Sendiri
Masa ditetapkan : Selalunya sekitar 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.
Masa Bebas: Terserah kepada individu.
Pendapatan tetap: Setiap hujung bulan atau minggu ke-4 setiap bulan, gaji akan diberikan.Kadangkala, terdapat kenaikan pangkat yang menuntut kenaikan gaji.
Pendapatan tidak menentu: Gaji mengikut usaha. Naik turun keuntungan bergantung kepada kerajinan dan perancangan perniagaan.
Cuti tahunan: Cuti anda ada kadar tertentu yang telah ditetapkan setahun, tidak boleh cuti sesuka hati.
Cuti harian: Tidak perlu risau perihal cuti kerana diri sendiri yang tetapkan.
Tempat kerja ditetapkan: Tempat kerja ditetapkan, mungkin jauh daripada rumah atau dekat.
Tempat kerja sendiri: Bebas menetapkan lokasi tempat kerja, sama ada di rumah atau di tempat lain yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment