Sunday, 2 December 2012

Abang Polis :)



KERJAYA polis ialah menjaga keselamatan, ketenteraman dan keamanan rakyat dan negara.

Mereka yang berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha mengatasi masalah jenayah yang meningkat dari semasa ke semasa.

Kerjaya ini dapat membentuk disiplin diri individu kerana ia mementingkan disiplin dan peraturan.

Disiplin yang diterapkan dalam latihan akan menghindarkan anggota polis daripada perbuatan yang melanggar undang-undang.

Sebelum memasuki perkhidmatan ini, calon-calon perlu mengikuti latihan dalam jangka masa tertentu.Misalnya bagi jawatan konstabel latihan yang perlu diikuti selama 12 bulan.

Ramai yang menjadi anggota polis kerana meminati bidang ini sejak kecil atau menerima dorongan keluarga. Walaupun ia merupakan kerjaya yang mencabar tetapi kerjaya ini sememangnya diperlukan oleh negara dari semasa ke semasa.

Bidang pertahanan awam ini memerlukan individu yang berani, bersemangat tinggi serta mempunyai daya tahan yang kental.

Pasukan PDRM merupakan satu perkhidmatan keselamatan yang besar di negara ini.Pada masa ini terdapat 85,000 orang pegawai dan anggota yang berkhidmat di seluruh negara.

Mereka yang menceburi bidang ini akan mendapat banyak faedah termasuk gaji elaun dan kemudahan pinjaman serta kenaikan pangkat.

Calon-calon yang dilantik sebagai Asisten Superintendan Polis (ASP) misalnya akan ditawarkan gaji dan elaun permulaan melebihi RM2,000, manakala inspektor akan ditawarkan pendapatan melebihi RM1,500.




(i) Meminati profesion ini
(ii) Berani dan bersemangat tinggi
(iii) Berdaya tahan yang kental
(iv) Berumur 18 hingga 26 tahun
(v) Ketinggian sekurang-kurangnya 1.65 meter bagi lelaki dan 1.60 meter bagi wanita.
(vi) Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 47.6 kg (lelaki) dan 46.2kg (wanita).
(vii) Mempunyai ukuran dada yang biasa 81 cm dan 86 cm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
(viii) Mempunyai daya penglihatan V6/9 bagi kedua-dua bela mata tanpa cermin mata (Kadet ASP dan inspektor kelonggaran diberi sehingga V6/12)
(ix) Pengecaman warna yang baik
(x) Tidak cacat pendengaran








No comments:

Post a Comment