Assalamualaikum dan hai semua :)
Hari ni saya nak kongsikan dengan kawan-kawan semua tips dan persediaan untuk menuju ke alam pekerjaan. Info-info ni semua saya dapat daripada blog sabreehussin dot.com. Banyak tips-tips menarik yang dikongsikan beliau.
Just take your time, and read with and open mind.
APA YANG DIPERLUKAN ??
Persediaan Mental
Apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, ini merupakan salah satu langkah awal untuk kita jadi seorang yang lebih berdikari. Belajar macam mana nak hidup sendiri, macam mana nak urus kewangan sendiri, dan belajar macam mana nak urus diri sendiri.
Kalau pada peringkat permulaan, semuanya memang terasa agak kekok. Sebab segala-galanya dah mula berubah. Kalau masa zaman-zaman study dulu, cabarannya mungkin tak seperti bila kita berada dalam alam pekerjaan.
Dulu masa kita masih lagi belajar, kita mungkin pernah hadapi suasana stres. Kalau dulu, kita stres pun sebab belajar, tapi bila dah berada dalam alam pekerjaan, apa yang menjadikan kita stres mungkin lain halnya. Hal-hal kerja gitu.
Dekat sinilah perlunya untuk kita ubah sedikit mindset kita. Kita fine tune dekat mana-mana yang perlu. Masa belajar dulu, kita ada option untuk score sama ada nak dapatkan keputusan A, B, C, D, E atau F.. tapi bila tiba di alam pekerjaan, kita hanya boleh hasilkan keputusan sama ada berhasil atau gagal. Itu sahaja.
Sebagai majikan, mereka memerlukan pekerja yang benar-benar sesuai dengan pekerjaan yang ditawarkan.Orang kata, kalau nak secure, nak ada gaji besar, kena ada degree, diploma dan sijil-sijil kelayakkan. Itu standard.
Tetapi sepanjang pengalaman saya yang tak seberapa ni… dah 2 3 kali jugak saya dengar majikan saya mengeluh mengenai kualiti pekerja.Ada banyak sijil belum tentu lagi menunjukkan seseorang pekerja itu bagus bila buat kerja.
Majikan sebenarnya lebih pentingkan pekerja yang berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan baik, berbanding mengupah pekerja yang memiliki sijil-sijil yang banyak, tapi buat apa pun tak tau. Jawab exam je pandai.
Bukan pekerja macam ni yang dimahukan oleh majikan.Kepentingan ekonomi dapat diraih melalui tindakan dan praktikal, bukan sekadar melalui teori dan buah fikiran.
Sebaik-baiknya, biarlah kemahiran kita berkali ganda lebih baik berbanding apa yang tertulis di atas kertas… daripada dekat atas kertas je nampak hebat, tetapi bila melibatkan praktikal, hasilnya langsung tak bagus.
Seorang pekerja yang ideal, dia memiliki kemahiran dan kelayakkan yang bersesuaian dengan bidang tugas yang dipilih. Secara tak langsung, ini jadi satu kelebihan buat dirinya untuk deliver 100% hasil kerja yang baik.
Fizikal
Faktor fizikal… Daripada 10 orang yang saya jumpa dan saya ajukan soalan mengenai alam pekerjaan, 7 daripadanya setuju dan berpendapat kerja susah untuk dicari dewasa ini. Hmm… mungkin betul jugak…
Tapi mengikut pemerhatian saya, kerja bukan susah nak cari, tetapi kerja yang boleh beri pendapatan yang besar… ha.. yang itu lah sebenarnya yang susah nak dicari.
Mari kita tengok situasi dan realiti semasa, kebanyakkan job yang bagus dan high payingberada di bandar-bandar besar, seperti di wilayah persekutuan Kuala Lumpur misalnya.
Kalau anda merupakan anak jati KL, itu tak ada masalah. Akan tetapi, sekiranya anda merupakan anak kelahiran negeri di bawah bayu… yang ini baru jadi satu isu.
Saya katakan ia akan jadi satu isu sebabnya, untuk bekerja anda terpaksa keluar dari rumah. Tinggalkan kampung halaman, tinggalkan keluarga demi mencari rezeki di kota.
Untuk beli rumah, itu bukan satu idea yang bagus untuk mereka yang baru nak mula bekerja. Realitinya, orang yang dah berpuluh-puluh tahun bekerja pun masih ramai lagi yang tak mampu nak beli rumah sendiri.
Untuk bekerja ditempat orang, perkara utama yang perlu anda sediakan adalah tempat tinggal untuk anda berteduh dan berlindung dari hujan panas.
Satu masa nanti anda akan rasa, anda kerja penat-penat, saving tak boleh nak buat, dan duit gaji setiap bulan habis macam tu je. Duit gaji kita terpaksa gunakan untuk bayar sewa rumah, bayar bil, bayar hutang belajar, hantar duit dekat emak, dan sudahnya apa yang tinggal tak sampai RM100 pun.
Andai kata income anda besar, sekitar RM4,000 – RM5,000 itu lain halnya.
Keadaan ini biasa sangat berlaku, terutama sekali bagi mereka yang kurang cerdik menguruskan kewangan… sudahnya kerja yang kita ada hanya cukup untuk survival. Kerja bukan untuk jadi kaya, akan tetapi kerja untuk meneruskan kehidupan.
Macam tu je la kehidupannya saban hari.
****
Baiklah, 3 perkara diatas iaitu persediaan mental, fizikal dan dokumen adalah perkara asas yang perlu anda tahu. Itu semua point yang biasa-biasa sahaja. Saya percaya, anda pun fikirkan benda yang sama.



No comments:
Post a Comment