Guru boleh juga dimaksudkan sebagai pendidik,pengajar atau pengasuh. Guru adalah merupakan insan pertama yang dikenali ketika memasuki alam persekolahan. Kerjaya sebagai seorang guru merupakan profesion yang amat terpuji, malahan seorang guru amat dihormati oleh masyarakat.
Namun begitu,tidak bermakna kerjaya sebagai seorang guru merupakan kerja yang mudah kerana mereka juga menghadapi cabaran-cabaran dan halangan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Malahan pihak kerajaan juga mengambil berat di dalam soal melahirkan sorang insan bernama guru. Ini kerana mereka insan yang bertanggungjawab dalam membentuk pelajar yang berkualiti dan juga mempunyai nilai-nilai budi dan akhlak yang tinggi.
Guru seharusnya mempunyai ciri – ciri peribadi yang boleh menjadi contoh kepada para pelajar.
- meminati profesion perguruan
- mempunyai pengetahuan dalam bidang yang diajar
- sanggup mendidik dan menunujuk ajar
- bersifat sabar
- berkeperibadian mulia
- mampu manghadapi cabaran dunia pendidikan
- sanggup bertugas tidak mengira tempat samada di bandar atau luar bandar

No comments:
Post a Comment