Sunday, 30 September 2012

Kerja dan Kerjaya


KERJA DAN KERJAYA
Adakah kita berkerja untuk berjaya, atau kerja dengan jayanya atau kerja dan seterusnya berjaya.
Kalau kerja yang kita buat itu adalah kerja yang kita tidak minat, tetapi disebabkan desakan ekonomi yang memerlukan seseorang itu mendapatkan duit melalui pekerjaan. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai kerjaya?
Berapa ramai yang kerja pada waktu ini tetapi hatinya berbolak-balik dengan kerjanya?
Berapa ramai yang kerjanya kini tidak dapat mengaplikasikan apa yang dia belajar dahulu?
Berapa ramai yang bekerja sebagai penjawat kerajaan kerana itu sahaja yang boleh sara kehidupan mereka?
Banyak lagi persoalan yang timbul bila melibatkan kerja dan kerjaya.
Malah ada cerita seorang yang belajar hingga ke negara Jepun dalam bidang Kejuruteraan Elektronik, dan menjadi kebanggaan keluarganya. Balik ke Malaysia mendapat jawatan Pembantu Jurutera di syarikat multinational tetapi hanya bertahan hanya dua bulan dan berhenti kerja kerana KPLI.
Kenapa bertindak demikian? Hanya dia sahaja yang ada jawapannya.
Tetapi janganlah kerana kerja sebagai guru boleh kerja relaks, ada cuti banyak, banyak elaun, gaji tinggi dan sebagainya menjadi ukuran
Kerjaya sememangnya kerja, tetapi tak semua kerja boleh jadi kerjaya.

No comments:

Post a Comment